Tuesday, August 13, 2013

Ramai orang  percaya kepada alam ghaib , terutama dalam masyarakat melayu mempunyai keyakinan yang kuat tentang adanya makhluk halus seperti hantu syaitan yang menakutkan, sehingga mendatang kemudaratan dan kesusahan untuk melakukkan aktiviti harian, Jika kita lihat mereka lebih takutkan makhluk ini daripada malaikat, atau tuhan yang mereka percayai maha berkuasa, Ini dapat dilihat apabila mereka terlihat makhluk ini mereka tidak dapat membaca ayat-ayat Quran yang mereka pelajari sebelum itu.Raamai juga yang telah terkena sampukan makhluk -makhluk ini.Jika dilihat cina atau india mereka amat jarang berlaku keatas mereka.
       Saya amat tertarik tenntang tingkahlaku kepercayaa ini.Saya bukanlah orang hebat tetapi saya ingin mengajak kita merenung sejenak mungkin ada cara untuk kita mengatasi masalah itu.Saya hanya ingin mengajak saudara saya berfikir dan seterusnya dapat bertindak bagi membentengkan diri kita dari gangguan makhluk halus ini berpandukan hujah saya yang mungkin boleh pakai.

1. Kita percaya bahawa Allah berkuasa di atas tiap sesuatu, sebagai mana yang telah diajar kepada kita oleh ustaz dan ustazah. Nabi-nabi terdahulu juga percayakan Allah sebagai tuhan, tetapi mereka tidak diganggu oleh syaitan sebagaimana kita ,Para sahabat nabi juga percaya kepada Allah tetapi mereka juga tidak diganggu seperti kita walaupun ada hadis yang mengesahkan tentang seorang sahabat yang telah dirasuk oleh jin, tetapi sahabat ini redha atas ketetuan Allah, setelah diberi pilihan oleh Nabi samaada syurga atau dilepaskan kesensaraan menanggung rasukkan. Malah diceritakan salah seorang sahabat begitu ditakuti oleh makhluk ini, iaitu saidina Umar, dikatakan jika Umar berada dilereng bukit sudah tentu syaitan akan ada lereng sebelah lagi. Ini menunjukkan bahawa syaitan amat takut kepada syaidina umar, manakala sahabat yang lain dapat menangkap syaitan semasa mencuri harta baitul mal. Bagitu juga orang-orang Alim juga tidak pernah takut atau bertemu dengan makhluk ini. Ini menimbulkn persoalan mengapa mereka tidak diganggu oleh makhluk makhluk ini.
 
                   Ini tidak lain mereka takut dengan Allah,mereka menuntut Ilmu tentang bagaiman membesarkan Allah , samada di dalam hati mereka, mereka amat inginkan kebahagiaan di akhirat, mereka melakukan apa-apa yang diperintahkan oleh Allah yang telah mereka baca di dalam alquran dalam setiap masa memerikan petunjuk dan hidayah yang tidak putus putus, Apabila mereka melakukkakan di dalam hati mereka hanya ada Allah, maka syaitan dan segala makhluk tidak menjadikan mereka takut kerana semua adalah makhluk yang lemah,dan segala adalah ciptaanNya,Tidak bergerak sesuatu melainkan diizinkan oleh oleh Allah. Dan mereka menyerahkan segala urusan kepada Allah, Maka Allah adalah sebaik-baik pengurus,
                    Kita harus melihat semula tentang kepercayaan kita kepada Allah ini, setentu mempunyai kekurang yang amat jauh dari apa yang disarankan oleh Allah di dalam Al Quran, Jika kita lihat di dalam Al Quran banyak kali Allah mencabar mereka yang mengaku beriman kepada Allah ini supaya dapatkan pengesahan ketulinan kepercaayaan ini ( sila rujuk  al Quran) Cuba kita cek diri kita pula adakah kita beriman sebagaiman yang dikehendaki oleh Allah atau hanya mendakwa kita telah beriman. Luangkan sedikit masa untuk memahami AlQuran Agar kita selamat bukan sahaja di dunia lebih utama di negeri Abadi nanti.
       

Pagar Ghaib

Pagar ghaib